Powered By Blogger

Sunday, April 3, 2011

Kuala Gandah

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah telah ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada tahun 1989. Pusat ini merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah yang telah wujud sejak tahun 1974.

Unit Gajah merupakan satu pasukan yang unik di Malaysia di mana peranan utama unit ini adalah untuk menempatkan semula gajah-gajah liar yang habitatnya telah diambil alih oleh kawasan pertanian. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pasukan yang dahulunya terdiri daripada 25 orang ahli telah berjaya memindahkan lebih daripada 450 ekor gajah liar di mana proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan yang berterusan.

Gajah Asia kini dikategorikan sebagai spesies yang kian terancam dengan anggaran yang kurang daripada 1,200 ekor gajah liar di Semenanjung Malaysia.

Pelawat berpeluang menunggang gajah disekitar pusat ini.

pelancong dari luar negara juga tidak dapat melepaskan peluang mereka untuk mandi bersama haiwan gergasi ini.


Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya untuk memastikan anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya terus hidup.
Pelawat boleh membantu memberi makanan kepada gajah seperti pisang, betik dll.

kanak-kanak juga boleh cuba mandi bersama anak gajah yang telah dilatih.
 

Jonker Street



Wednesday, March 16, 2011

we sharing we caring.

Orang Bateq tinggal di kawasan pedalaman utara Pahang, kawasan barat Terengganu dan selatan
Kelantan. Satu ketika dahulu Orang Bateq suka berpindah randah mencari tempat yang sesuai
untuk mencari bahan-bahan makanan. Kehidupan mereka bergantung penuh terhadap hasil hutan. Kaum bateq adalah kaum yang minoriti rata-rata mereka adalah berkulit gelap. Asal usul kaum ini dikatakan berasal dari benua afrika yang berhijrah ke seluruh dunia sebelum zaman dinosaur.


Kedatangan para pelancong membuatkan kanak-kanak ini menjadi malu kerana tidak pandai berinteraksi dengan orang luar.

 
Tok batin memainkan peranan penting bagi setiap kampung dalam pelbagai aspek.


 Kekurangan air bersih adalah salah satu faktor ramai diantara mereka yang menghidapi penyakit kulit.

 Walaupun mereka tidak bersekolah tetapi anak-anak mereka masih boleh menulis dan membaca.


 Keadaan dapur yang kotor dan berselerak tidak menghalang mereka untuk terus memasak.


Mereka masih menggunakan cara tradisional untuk menghidupkan api.
 

Wednesday, March 9, 2011

PRK DUN Kerdau ( N28 )

Pilihanraya kecil Kerdau menyaksikan pertandingan satu lawan satu calon Barisan Nasional (BN) Syed Ibrahim Syed Ahmad dicabar calon PAS Hassanuddin Salim.  Pilihanraya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas. Pada PRU 2008, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang memperoleh 4,135 undi, mempertahankan kedudukan Barisan Nasional (BN) di Kerdau, mengalahkan calon PAS, Hassanuddin Salim, yang memperoleh 2,520 undi dengan majoriti 1,795 undi.








Friday, February 18, 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Saw Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2011M

Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2011M telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 15 Februari 2011M (Selasa) bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bertemakan “1 Malaysia 1 Ummah”.
Turut hadir dalam perhimpunan tersebut, Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan isteri; Timbalan Perdana Menteri, YAB  Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin dan isteri; YABhg. Tun Datuk Sri Panglima Haji Sakaran Dandai; YABhg. Tun Muhammad Haniff bin Omar; YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Haji Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1432H/2011M dan isteri. Turut hadir pada majlis ini menteri-menteri kabinet lain.
Sambutan itu disertai lebih  10,000 peserta termasuk kakitangan kerajaan, badan berkanun, pertubuhan swasta, golongan pelajar, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai. Semua peserta kontinjen terlebih dahulu telah mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul bermula dari Dataran Putra ke Qiblat Walk, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Perarakan diiringi oleh alunan selawat kepada Baginda Nabi SAW.









Saturday, February 12, 2011

Le Tour de Langkawi

The Tour de Langkawi is an annual cycling race which is held in Malaysia since 1996. The name of the event comes from the starting point of the first few editions, in Langkawi, Kedah, although some later editions did not include Langkawi in the race at all. The race is part of the UCI Asia Tour.
Four jerseys are contested during the race, although in history the jersey colours changed all the time to suit the sponsor, they are general classification, points classification; King of Mountains and Asian riders classification. In addition, there are two team titles to honour teams classification and also Asian teams classification.
The tour is the biggest cycling event in Asia, and it is the only one in Asia to have granted two hors-category.

The 16th  edition of Asia's prestigious cycling tour entered the tenth stage today.


  


 






The stage started in UiTM Shah Alam with the riders traveling 104.8kms to Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.




Friday, February 11, 2011

Street Soccer

The term street football encompasses a number of informal varieties of association football. These informal games do not necessarily utilise the requirements of a formal game of football, such as a large field, field markings, goal apparatus and corner flags, eleven players per team (with a minimum of seven per team), or match officials (referees and assistant referees).
Often the most basic of set-ups will involve just a ball with a wall or fence used as a goal, or items such as clothing being used for goalposts (hence the phrase "jumpers for goalposts"). The ease of playing these informal games explains why they are popular all over the world.